Disediakan oleh: Siti Nur Liyana binti Zaidi
No.Pelajar: 2010267992
Disediakan untuk :Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
(Pensyarah CTU 151)
Program : Diploma Sains (AS 120)
Tarikh hantar :2 Mac 2011
Isi kandungan
1. Isi kandungan.
2. Abstrak.
3. Pendahuluan.
4. Biodata tokoh.
5. Pengalaman tokoh sepanjang bertugas.
6. Masalah yang dihadapi tokoh sepanjang bertugas.
7. Cadangan tokoh untuk meningkatkan martabat masyarakat
8. Pandangan tokoh sendiri terhadap masyarakat.
9. Pendapat ahli masyarakat terhadap tokoh.
10. Penutup.
ABSTRAK
Tokoh adalah insan yang penting dalam sesebuah organisasi masyarakat. Peranan seorang tokoh amat penting dan berat untuk digalas jika tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Tokoh berperanan untuk memimpin masyarakat dan penduduk sekitarnya. Selain itu,beliau juga insan yang bertanggungjawab untuk menentukan martabat islam. Beliau haruslah menyampaikan sesuatu ilmu mengenai ajaran islam supaya masyarakat dapat mempelajari dan membetulkan tatacara hidup berdasarkan syariah islam. Selain itu juga, bertanggungjawab untuk memperkembangkan islam dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian, ajaran yang disampaikan hendaklah berlandaskan islam, agar ajaran disampaikan berkesan dan mudah diterima oleh masyarakat.
Syukur kehadrat Ilahi,akhirnya saya berjaya memperolehi isi-isi untuk merialisasikan dan menyelesaikan tugasan CTU ini dengan bantuan dan kerjasama daripada Ustazah Wan Jah untuk membantu saya mempermudahkan proses temubul ini. Proses temubual yang berlangsung di kediaman milik ustazah dan keluarga. Sifat ramah ustazah membuatkan saya senang dan tidak berasa kekok untuk bertanyakan soalan dengan lebih terperinci. Dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustazah Wan Jah, sebagai tokoh yang di temubual untuk menyiapkan tugasan saya yang bertajuk ‘sejarah dan kegiatan dakwah tokoh’. Berikut adalah ulasan yang saya sediakan.
Tanggal 7 januari 1969,terletak disebuah kampung yang terpencil yang beralamat di Perhentian Bas Pengkalan Datu, 16150,Sering,Kota Bharu, Kelantan,lahir seorang bayi perempuan dari kalangan keluarga yang hidup penuh sederhana. Beliau dibesarkan oleh seorang bapa yang bekerja sebagai seorang petani dan peraih ikan, dan seorang ibu yang bekerja sebagai peniaga ni pasar tani. Beliau adalah anak kedua daripada tujuh beradik. Medapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sering, Kota Bharu,Kelantan. Bermula daripada darjah satu sehingga darjah enam. Kemudian, beliau menyambung pengajian di peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Arab Panchor, Kota Bharu,Kelantan. Daripada tingkatan satu sehingga tingkatan enam. Beliau memperolehi sijil SPM dengan pangkat satu setelah menamatkan pengajian. Kemudian beliau menyambung pula pengajian di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadiah (P),Kota Bharu, Kelantan. Di peringkat tingkatan enam dan memperolehi Sijil Tinggi Ugama(STU) dengan pangkat cemerlang. Oleh kerana, kesempitan hidup,beliau tidak dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh sebab beliau berasal daripada keluarga sederhana, membuat beliau nekad untuk membantu ibubapa dengan mengajar di Sekolah Rendah Agama Sering, sebagai guru kafa. Selepas beberapa tahun, beliau telah berkahwin dengan seoramg lelaki yang bernama Zaidi bin Che Soh.perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga itu membawa kebahagian sehingga kini. Selepas mendirikan rumah tangga beliau meneruskan pengajaran kerjaya sebagai guru kafa di Sekolah Rendah Agama Kampung Delek. Hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta, beliau dikurniakan dengan lima orang anak,tiga orang putera dan dua orang puteri. Kesemua anak-anak beliau membesar dengan penuh tatacara hidup islam yang berpandukan syariah hidup islam. Anak-anak beliau bukan sahaja berjaya dalam kehidupan akhirat, malah juga berjaya dalam kehidupan duniawi. Berkat daripada tunjuk ajar bonda tercinta,mengajar mereka terpelihara daripada gejala-gejala sosial yang banyak melibatkan golongan remaja kini. Kini beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Agama Sungai Udang. Klang.
Antara pengalaman tokoh sepanjang bertugas ialah seperti, menyampaikan motivasi kepada bakal-bakal pengajar di sebuah hotel yang terletak di ibu negara.pelbagai peristiwa yang pahit dan manis tercatat ketika itu. Antaranya, melayan kerenah-karenah bakal pendidik yang baru sahaja menamatkan pengajian peringkat yang lebih tinggi. Cara untuk menyampaikan ilmu dengan lebih berkesan dan dapat diterima oleh pelajar-pelajar sesuai mengikut peringkat usia. Selain itu juga, pengalaman mengiringi pelajar dan mengetuai program amal islami. Pelbagai karenah pelajar dan ibu bapa serta guru yang bertungkus-lumus untuk membantu pelajar untuk memenangi sesuatu pertandingan yang disertai. Selain itu juga, pengalaman beliau ketika menjadi panitia fekah. Beliau perlu mencari dengan lebih terperinci aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan ketika minggu panitia fekah. Disamping mengadakan perbincangan dikalangan pendidik beliau juga sentiasa memastikan bahawa aktiviti yang dijalankan bersesuaian dengan konsep fekah dan memberikan manfaat dan tunjuk ajar kepada pelajar supaya pelajar dapat menggunakan ajaran tersebut di dalam kehidupan harian.
Masalah yang dihadapi tokoh sepanjang tugas
Antara masalah yang dihagapi tokoh sepanjang tugas antaranya adalah tentangan daripada pihak ibubapa mahupun para pendidik sendiri. Seperti percanggahan masa untuk melakukan sesuatu aktiviti. Dengan mengadakan aktiviti di waktu yang sama jua terdapat urusan yang penting. Selain itu juga, maklum balas yang diberikan oleh pelajar apabila mengadakan sesuatu aktiviti tidak mendapat sambutan. Disamping itu juga kekurangan dari segi kewangan juga menghalang sesuatu aktiviti itu berjalan dengan lancar. Masalah menguruskan pelajar yang baru memasuki alam persekolahan merupakan satu masalah yang penting yang dihadapi.
Cadangan tokoh yang meningkatkan martabat islam
Antara cadangan tokoh untuk meningkatkan martabat islam adalah mengadakan kelas fardu a’in dari kalangan pelajar sekolah sehingga ke peringkat umur dewasa. Dengan ini, setiap individu dapat meningkatkan tahap kefahaman tentang agama islam dengan lebih mendalam. Selain itu juga,tokoh juga menyarankan untuk mengadakan kutipan derma dari penduduk kampung bagi membantu penduduk miskin dan ibu tunggal supaya dapat menyara kehidupan harian. Selain itu,tokoh juga menhasratkan untuk mengadakan ceramah tentang kesedaran gejala sosial dikalangan remaja yang semakin berleluasa. Kerosakan akhlak di kalangan remaja kini menyebabkan martabat islam semakin luntur.
Pandangan tokoh sendiri terhadap masyarakat
Bagi pandangan tokoh sendiri, masyarakat islam kini semakin jauh terpesong daripada ajaran islam. Terutama sekali di kalangan remaja. Anak-anak remaja sekarang semakin ramai terpengaruh dengan masyarakat barat. Begitu juga dengan sikap ibubapa kini yang ramai dikalangan mereka hidup dengan arus kemodenan selaras dengan arus pembangunan kini yang giat berkembang. Sikap ibubapa yang terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak.untuk memilih jalan hidup sendiri. Selain itu, masyarakat kini kurang amalan gotong- royong dan tolong-menolong antara sesame sendiri. Selain itu juga, amalan sedekah yang dilakukan hanyalah semata-mata untuk mendapatkan nama dan sanjungan.
Pandangan ahli masyarakat terhadap tokoh
Seramai lima orang penduduk termasuk pelajar telah ditemubual untuk mengetahui pandangan mereka tentang tokoh yang dipilih,antara pandangan mereka adalah tokoh seorang yang sangat berhati mulia, sering membantu pelajar dalam sesuatu perkara mengenai pelajaran, seorang yang tegas dan mempunyai pendirian yang tetap. Tokoh juga seorang yang merendah diri walaupun dimana beliau berada. Seorang yang tidak kenal erti putus asa dan seorang yang bertanggungjawab. Tokoh juga mempunyai sikap sederhana, ikhlas dalam melakukan sesuatu. Selain itu juga beliau seorang yang prihatin terhadap masalah orang lain.
penutup
Akhir kata, syukur saya ke hadrat ilahi, diatas kemudahan yang di berikan kepada saya sepanjang tugasan ini dijalankan dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada ustazah Wan Jah dan keluarga diatas kerjasama yang diberikan kepada saya untuk menjalankan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada penduduk setempat dan juga pelajar Sekolah Rendah Agama Sungai Udang, diatas informasi yang diberikan. Tidak lupa juga rakan-rakan yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.